Bagaimana Menggunakan Kedua-Dua Belah Otak Ketika Belajar?




(sturktur otak)

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi berkenaan dengan BELAJAR MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BELAH OTAK. Saya pun baru tau tentang perkara ni dari buku yang bertajuk 'Petua Pelajar Cemerlang'. 

KEHEBATAN CIPTAAN OTAK

Otak adalah anugerah ciptaan Allah yang paling berharga. Allah menciptakan otak dengan dilindungi oleh TENGKORAK KEPALA yang keras supaya otak tidak mudah rosak atau cedera. Otak dimuliakan dengan diletakkan di posisi teratas dalam komposisi tubuh manusia.

Lelaki dan perempuan biasa mempunyai otak yang beratnya sekita 2,000 gram (2kg) Tapi, kemampuan manusia berfikir tidak bergantung pada SAIZ atau BERAT otak fizikalnya. Ia bergantung kepada SEL-SEL SARAF NEURON yang terkandung di dalam otak.




(sel-sel saraf neuron pada manusia)

Orang yang jarang berfikir paling minimum mempunyai sejumlah 10,000,000,000 (10 billion) sel. Setiap satu sel berhubungan dengan urat saraf yang lain. Orang yang rajin berfikir pula mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 (1 trilion) sel.

Semakin kerap kita berfikir, semakin banyak sel otak yang terbentuk. Di dalam otak juga terdapat CECAIR yang terdiri daripada berpuluh-puluh jenis BAHAN KIMIA yang bertindak balas untuk membolehkan manusia berfikir.

Setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti sebuah komputer besar (main frame). Wuuu incredible!

Otak kita mampu menampung sekurang-kurangnya 120 kemahiran!! Yang malangnya, manusia hanya menggunakan 5-10% sahaja dari keupayaan otak mereka. (Ish, ish, ish).
Otak menggunakan DARAH dan TENAGA sehingga 400 kalori. Sebab tu otak juga memerlukan makanan yang berzat terutama protein serta oksigen. Otak pun kena rehat juga ya?

FUNGSI OTAK


(fungsi otak kanan dan kiri)

Neuron saraf dalam otak membantu manusia MENGINGAT dan MENGHAFAL. Pancaindera manusia mengesan sesuatu untuk disampaikan kepada minta melalui urat saraf kepada urat yang lain. Proses itu membebaskan antara 50-60 jenis bahan kimia. Bahan kimia ini membolehkan manusia berfikir dan mengingat.

KAJIAN AWAL OLEH SAINTIS ALBERT EINSTEIN MENDAPATI OTAK MANUSIA TERBAHAGI KEPADA DUA; OTAK KIRI DAN OTAK KANAN. PADA TAHUN 1960-AN, DR ROBERT ORNSTEIN DAN DR ROGER SPERRY DARI INSTITUT TEKNOLOGI CARLIFORNIA TELAH MEMBUAT KAJIAN PERBEZAAN FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI SEARA SISTEMATIK.

Daripada kajian mereka, otak kanan lebih khusus dalam memproses maklumat secara holistik (keseluruhan). Otak kanan bertindak balas dengan IRAMA, IMEJ, WARNA dan BERKHAYAL (day dreaming)

Otak kiri pula memproses maklumat satu per satu. Otak kiri bertindak balas terhadap PERKATAAN, NOMBOR, LOGIK dan ANALISIS.

GELOMBANG OTAK

Sepanjang masa, terdapat 4 jenis gelombang otak bagi seseorang. Gelombang ini bergerak pada kelajuan pusingan sesaat mengikut aktiviti dan tahapsedar seseorang seperti di bawah:



BAGAIMANA GELOMBANG OTAK BERGERAK?

Apabila kita melakukan sesuatu yang rumit seperti membuat masalah matematik, berfikir tentang sesuatu tema atau menganalisis sesuatu percubaan, gelombang alfa di otak kiri akan bergerak ke arah gelombang beta untuk lebih cergas. Sebaliknya gelombang alfa di otak kanan akan bergerak ke arah gelombang theta untuk lebih istirehat. Ketika kita menyelesaikan masalah yang rumit, otak kiri lebih cergas sementara otak kanan akan berehat seketika.


Yakinlah diri dengan selalu menyebut "Aku menggunakan kedua-dua otakku, untuk belajar dengan cemerlang dan berfikir secara kreatif."


**Sumber: Petua Pelajar Cemerlang
**Gambar: Google Images





BEAUTY STUFF GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN


(KLIK BANNER UNTUK JOIN)

Soalan: Kenapa Sally perlu berikan barang SimplySiti @ Nature Republic kepada saya?

Jawapan: Sebab produk SimplySiti dan Nature Republic adalah produk yang terbaik! Kalau beli memang berbaloi biarpun harganya mahal dan saya sendiri tak pernah cuba produk-produk ini. Kalau saya menang produk-produk ni, harap-harap muka saya akan menjadi mulus dan cun seperti Kak Sally :) 

Korang pun joinlah sekali sebelum terlambat!